Langkau ke kandungan
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang dengan Gemini untuk menjimatkan masa, memeribadikan pembelajaran dan menginspirasikan kreativiti.
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang sekarang.

Alat tambah Teaching and Learning

Alatan untuk meningkatkan

Alat tambah Teaching and Learning dibangunkan berdasarkan kefungsian Education Fundamentals untuk membantu pendidik meningkatkan kesan pengajaran dengan alatan yang memperkaya dan memeribadikan pembelajaran, mewujudkan bilik darjah yang cekap serta mendayakan pengajaran dan pembelajaran dari mana-mana sahaja.

Untuk mendapatkan alat tambah Teaching and Learning, anda memerlukan edisi Google Workspace for Education yang sedia ada.

Perkaya dan peribadikan pembelajaran

Perkasakan pendidik dengan alatan yang menjadikan pembelajaran lebih peribadi dan memberikan cerapan tentang pemahaman pelajar.

Ciri premium yang meningkatkan kesan pendidikan anda

Gunakan set latihan dalam Google Classroom untuk membuat tugasan interaktif, walaupun daripada PDF sedia ada, yang menyediakan maklum balas masa nyata dan bimbingan peribadi menerusi gesaan dan pembayang dengan bantuan AI.

Tugaskan soalan interaktif untuk video YouTube dan berikan maklum balas masa nyata kepada pelajar semasa pelajaran berlangsung, sambil melihat cerapan tentang prestasi mereka, semuanya dalam Classroom.

Bandingkan tugasan pelajar semasa dengan berbilion-bilion halaman web, lebih 40 juta buku dan sebarang bahan yang diimbas sebelum ini pada repositori peribadi milik sekolah anda.

Permudahkan pengurusan kelas

Tingkatkan masa yang dapat diluangkan untuk pengajaran dan pembelajaran dengan alatan yang bersepadu dan selamat.

Ciri premium menjimatkan masa anda untuk difokuskan pada pengajaran

Buat tugasan yang menarik serta berikan markah dan semak tugasan menggunakan alat tambah Classroom kegemaran anda – seperti Pear Deck, Kahoot!, Nearpod dan pelbagai lagi – disepadukan terus dalam Classroom.

Pendidik boleh menyesuaikan tempoh pemarkahan (mis., suku, semester, penggal) dan skala pemarkahan (mis., huruf, angka) dalam tetapan kelas mereka agar selaras dengan struktur atau sistem pemarkahan sekolah mereka serta menapis dan menganalisis tugasan dengan lebih mudah.

Kenal pasti petikan yang tertinggal serta kemungkinan plagiarisme dengan pantas dan bimbing pelajar untuk menyepadukan inspirasi luar dalam penulisan mereka, dengan laporan keaslian tanpa had.

Gunakan 100 TB storan awan terkumpul untuk institusi anda, dengan 100 GB storan tambahan untuk setiap lesen Teaching and Learning.

Ajar dan belajar dari mana-mana sahaja

Bantu pelajar berhubung dan belajar dari mana-mana sahaja dengan alatan menarik yang memupuk persekitaran pembelajaran yang merangkumi semua.

Ciri premium yang menghubungkan komuniti pendidikan anda

Dorong pemahaman yang lebih mendalam dengan rakaman, transkripsi dan laporan kehadiran yang disimpan secara automatik pada Drive.

Lihat demo

Jadikan pelajaran lebih mudah diakses dengan sari kata langsung yang diterjemahkan dalam masa nyata dan libatkan pelajar dengan alatan interaktif seperti bilik pecahan, Soal Jawab dan tinjauan pendapat.

Bermesyuarat dengan maksimum 250 peserta dalam mesyuarat maya dan 10,000 penonton dalam strim langsung.

Lihat nota penyampai Slides semasa membuat pembentangan dalam Meet dan buat pembentangan bersama pendidik lain dengan mudah.

Dapatkan Teaching and Learning untuk Google Workspace for Education

Penyelesaian Google Workspace for Education menawarkan pilihan dan kefleksibelan. Cari padanan yang sesuai untuk komuniti pendidikan anda.

BANDINGKAN DENGAN

Education Fundamentals*

Termasuk perkara yang penting untuk pengajaran dan pembelajaran, seperti:

  • Kerjasama dengan Classroom, Docs, Sheets, Slides, Forms, Gmail, Drive, Meet, Sites, Chat, Jamboard dan Calendar

  • Alatan keselamatan dan pentadbiran dalam konsol Pentadbir Google

  • 100 TB storan awan terkumpul yang dikongsi oleh organisasi anda

  • Apl Gemini - pembantu AI dengan perlindungan data tambahan

DISYORKAN

Teaching and Learning

Termasuk ciri daripada Education Fundamentals serta:

  • Ciri Classroom menyampaikan pembelajaran yang lebih diperkaya dan diperibadikan

  • Alatan untuk menjimatkan masa pendidik dengan mempermudah pengurusan kelas dan sekolah

  • Ciri penglibatan premium dalam Meet merangkumi Soal Jawab interaktif, tinjauan pendapat, bilik pecahan dan pelbagai lagi

  • 100 GB storan Drive tambahan untuk setiap lesen kakitangan

*Google Workspace for Education Fundamentals tersedia tanpa kos untuk institusi yang layak. Ketahui lebih lanjut.

Sumber untuk membantu anda bermula dengan alat tambah Teaching and Learning

Ketahui lebih lanjut tentang cara bermula dengan Google Workspace for Education melalui video latihan, panduan dan sumber tambahan ini.

Berbincang dengan pakar jualan Google for Education

Isi borang ringkas ini, kemudian hubungi pakar kami dan tentukan alat tambah Teaching and Learning yang terbaik untuk institusi anda.

Semua medan diperlukan.

Thanks for your interest in Teaching and Learning

A member of our sales team will be in touch soon.

Sila masukkan nama pertama anda
Sila masukkan nama keluarga anda
Sila masukkan e-mel yang sah
Sila pilih nama jawatan
Sila masukkan nama syarikat
Sila pilih Negara
Adakah organisasi anda sedang menggunakan Google Workspace for Education?
Sila buat pilihan untuk soalan ini
Adakah anda mahu mendaftar untuk mendapatkan berita, tawaran dan kemaskinian terbaharu daripada Google for Education?
Sila buat pilihan untuk soalan ini

Sila hantar berita, tawaran dan kemaskinian terkini daripada Google for Education kepada saya. Dengan ikut serta, saya bersetuju untuk dihubungi oleh Google dan/atau rakan kongsi Google for Education berkaitan dengan berita, kemaskinian produk dan maklumat lain tentang Google for Education.

Maklumat anda akan digunakan menurut dasar privasi Google. Anda boleh menarik diri pada bila-bila masa.

Logo Gemini

Google Workspace dengan Gemini

Gemini ialah pembantu AI merentas Google Workspace for Education yang membantu anda menjimatkan masa, menyediakan pengalaman pembelajaran yang menarik dan mengilhamkan idea baharu — semuanya dalam persekitaran peribadi yang selamat. Gemini Education boleh dibeli sebagai tambahan bagi mana-mana edisi Google Workspace for Education.

Ada pertanyaan? Kami ada jawapannya

OSZAR »

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.